Tuesday, June 16, 2009

Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-

  • Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;

  • Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;

  • Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;

  • Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.


Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.

Penguatkuasaan

Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Tangkapan

Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Rampasan

Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran

Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.


Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut
.

Rampasan Harta

PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.

Tangkapan Warganegara Asing

Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Hukuman

Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa

Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemï¾…." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".

Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah

  • Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

  • Mengakibatkan kematian mengejut

  • Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan

  • Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.

  • Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.

  • Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

  • Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.

Peranan Ibubapa Membasmi Dadah

  • Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga

  • Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga

  • Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.

  • Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

  • Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.

  • Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.

  • Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan.

  • Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..

  • Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

BULI

Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?

Pembuli

  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Kenapa mereka sering membuli

  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu seronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.

Jenis-jenis Buli

  • Buli fizikal
    • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
    • Paling ganas boleh menyebabkan kematian
  • Buli mental
    • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
    • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli

  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
  • Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semas
  • GANGSTERISM

    Faktor Pelajar Terjerumus

    • Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
    • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
    • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
    • Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawa

      lan ahli-ahli keluarga.



    Langkah Pencegahan

    • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
    • Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
    • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
    • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
    • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
    • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
    • Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

    Sunday, May 24, 2009

    What To Do When At a Car Park Alone

    Jasmine loves to spend her time at the shopping mall after work. When she reaches the mall, the parking lot is always full and she often has to park her car in an isolated place. Sometimes, she catches a late night movie and it ends close to midnight. At that time, the basement car park is empty and even though it is brightly lit, Jasmine is worried for her safety when she recalls the rape stories she has read in the newspapers. What can do?

    Inspector-General of Police,YBhg. Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan says there are three things Jasmine could do:-
    1. Try to get the security guard of the mall to accompany her to the parking lot.
    2. Make sure she has with her something that she can use to protect herself in case she attacked,for example pepper spray or a whistle.
    3. Clutch her handbag tightly when walking towards her car and be wary of strangers tailing her or hiding somewhere waiting for an opportunity to strike.

    Friday, May 22, 2009

    What To Do When You Hear Noice In The Night

    Annie and her husband were rudely woken up from their sleep at about 3am when they heard intruders ransacking their home in Petaling Jaya recently. Their instinct told them that the intruders could only be burglars who might be armed too.
    The couple was also concerned that the criminals would walk to their room and threaten them. Luckily for them, the alarm system went off and burglars scurried away. In a situation like this, what should Annie and her husband do?

    Inspector-General of Police, YBhg. Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan says there are five things they could do:-
    1. Call the police or sms to RakanCop if they have a phone or handphone in the bedroom
    2. Call out to the neighbours so that they can call the police
    3. Switch on all lights
    4. Do not try to confront or apprehend the intruders
    5. Make sure the bedroom door is locked

    APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA TERLIBAT DI DALAM KEMALANGAN

    ANDA TERLIBAT KEMALANGAN

    - Buat pengaduan di Cawangan Trafik berhampiran atau di mana-mana Balai Polis.

    PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK BUAT LAPORAN POLIS:-
    1. Tarikh/masa kejadian
    2. Tempat kejadian
    3. Kenderaan terlibat
    4. Cara kemalangan berlaku
    DOKUMEN YANG PERLU ANDA:-
    1. Kad Pengenalan
    2. Lesen Memandu
    3. Kad Pendaftaran
    4. Polisi Insuran
    PUNCA KEMALANGAN KENDERAAN:-
    1. Memandu terlalu laju. Tidak mengikut tanda had laju
    2. Memotong di dua garisan berkembar dan di slekoh di mana penglihatan terhad
    3. Tidak mematuhi lampu isyarat
    4. Mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat. Tiada ruang atau jarak apabila membrek secara mengejut.
    5. Menukar lorong secara tiba-tiba
    6. Cuai semasa keluar simpang.
    MOTOSIKAL:-
    1. Menunggang dengan laju
    2. Menunggang secara merbahaya dan memotong di celah-celah kenderaan
    3. Tidak mematuhi lampu isyarat
    4. Lampu belakang brek tidak berfungsi

    Thursday, May 21, 2009

    Rakan Cop

    Rakan Cop adalah satu idea untuk merapatkan hubungan polis dengan masyarakat dan seterusnya mengembeling tenaga mereka bersama-sama untuk membenterasdan mencegah jenayah.Oleh itu Polis Kuala Lumpur telah melancarkan RakanCop pada 9 Ogos 2004, yang mana ianya merupakan satu medium yang sesuai untuk tujuan tersebut.
    Dalam tempoh 10 bulan, RakanCop telah menerima sammbutan yang luarbiasa dan menjadi satu jenama (BRAND) yang diterima baik oleh keseluruh masyarakat.

    KONSEP:
    • Program RakanCop adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partneship"
    • RakanCop sebagai medium perantaraan merapatkan jurang antara polis dan masyarakat melalui pendekatan yang lebih jelas, mudah, bersepadu dan teratur.
    • Pendekatan dengan menggalakkan pembabitan pertubuhan masyarakat, agensi kerajaan/swasta, NGO dan individu supaya menjadi 'MATA DAN TELINGA' polis melalui sistem perhubungan interaktif yang ditetapkan.
    • Program RakanCop membolehkan polis dan masyarakat saling mengembeling tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan. Ini akan mengubah persepsi negatif masyarakat pada PDRM.