Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?
Pembuli
- Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
- Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
- Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
- Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
- Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
Kenapa mereka sering membuli
- Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
- Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
- Mereka pernah menjadi mangsa buli.
- Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
- Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
- Akibat masalah keluarga.
- Sekadar mahu seronok.
- Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
- Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
Jenis-jenis Buli
- Buli fizikal
- Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
- Paling ganas boleh menyebabkan kematian
- Buli mental
- Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
- Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli

0 comments:
Post a Comment