Tuesday, June 16, 2009

Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-

  • Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;

  • Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;

  • Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;

  • Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.


Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.

Penguatkuasaan

Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Tangkapan

Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Rampasan

Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran

Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.


Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut
.

Rampasan Harta

PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.

Tangkapan Warganegara Asing

Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Hukuman

Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa

Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemï¾…." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".

Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah

  • Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

  • Mengakibatkan kematian mengejut

  • Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan

  • Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.

  • Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.

  • Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

  • Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.

Peranan Ibubapa Membasmi Dadah

  • Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga

  • Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga

  • Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.

  • Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

  • Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.

  • Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.

  • Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan.

  • Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..

  • Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

8 comments:

  1. sayangkan diri dan mereka yang lleka...

    ReplyDelete
  2. if near my housing area has those drug taker then what should i do and how to report to the relative department through online......
    tq

    ReplyDelete
  3. Kalau macam Mexico,habislah kita jika berlakunya rasuah.Banyak pegawai penguatkuasa ditembak mati di sana kerana semua KES JENAYAH berpunca daripada DADAH!Kalau mereka datang sini,dan ditangkap,saya pasti MENDERA dan BULI mereka sampai mereka mati jadi HIDANGAN SEDAP untuk RAKYAT MALAYSIA!

    ReplyDelete
  4. The activity in that area it is so big. I don t know how they will survey

    ReplyDelete
  5. sy nk bt report polis.

    org ni slalu scam tipu jual barang kat mudah.my & mir.ftz. Kwn sy kene tipu. boleh google utk nama dia (Hasmawaty Othman)..ni pun nmbr bank dia.. nmbr telefon beliau adelah 0197063115 ..minta polis tangkap orang mcm ni. sila google 'hasmawaty othman' atau '0197063115' ..n result google ramai orang2 yg kene tipu.. minta polis tlg tangkap orang ni. tq

    ReplyDelete
  6. rakancop.net cannot access ? Hope it will solve.thx in future.
    Server Error in '/' Application.

    Runtime Error

    Description: An application error occurred on the server. The current custom error settings for this application prevent the details of the application error from being viewed remotely (for security reasons). It could, however, be viewed by browsers running on the local server machine.

    Details: To enable the details of this specific error message to be viewable on remote machines, please create a tag within a "web.config" configuration file located in the root directory of the current web application. This tag should then have its "mode" attribute set to "Off".










    Notes: The current error page you are seeing can be replaced by a custom error page by modifying the "defaultRedirect" attribute of the application's configuration tag to point to a custom error page URL.

    ReplyDelete
  7. Ada beberapa tempat di utara Kuala Lumpur dijadikan tempat penjualan dadah. Juga berlaku di bawah CCTV jalanan. Mungkin PDRM tunggu masa lebih sesuai atau mmg 'under control'. Jesteru, saya amat sukar nak membezakan polis preman kerana begitu profesional, kalau tahu tak guna buat laporan kerana mungkin ada yg membabitkan mereka. Sekian.

    ReplyDelete
  8. Saya ingin mendaftar rakancop. Saya ingin mendapatkan baju kemeja rakancop.
    0104225649
    Webs: http://www.mywhiff.com/?id=hotbiz

    ReplyDelete